Kehidupan peribadi Nina Iskandar

Nina ialah anak kedua dari empat beradik, kini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau sebelum ini pernah memakai tudung, namun membuat keputusan untuk menanggalkannya.[10]

Beliau merupakan pelajar dalam bidang Pengurusan Perniagaan di kolej International Graduate Study (IGS) di Bandar Seri Begawan,[11] namun beliau mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya lakonan.[11]

Nina terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan bibirnya koyak dan hidungnya patah semasa kemalangan melibatkan kereta miliknya dan dua kereta lain pada 27 November 2018 di Kuala Lumpur.[12][13][14] Beliau berkata dalam satu temubual bersama Harian Metro: "Kejadian itu berlaku sangat pantas. Saya sedang memandu di laluan tengah dan tiba-tiba kereta saya dilanggar,".[15] Insiden itu juga mengakibatkan Nina mengalami trauma.[16][17]

Pada 23 Mac 2019, Nina mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal hiburan yang telah mencalarkan imejnya dengan menerbitkan sebuah rencana yang berbaur fitnah. Portal tersebut memuat naik rencana itu dan menuduh beliau menjalinkan hubungan sulit dengan seorang penolong pengarah drama sehingga menyebabkan pengarah itu bercerai dengan isterinya.[18][19]

Rujukan

WikiPedia: Nina Iskandar http://www.azhan.co/biodata-nina-iskandar-pelakon-... http://www.budiey.com/drana-erna-shuraya-lakonan-t... http://www.imdb.com/name/nm6468226/ http://malaysianaccess.com/azam-baru-nina-iskandar... http://www.theborneopost.com/2013/02/02/brunei-to-... http://www.hmetro.com.my/node/170843 http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=11... http://www.kosmo.com.my/hiburan/nina-iskandar-lela... http://www.kosmo.com.my/hiburan/nina-iskandar-nafi... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d...